hari nih mood untuk menjadi pekerja dedikasi adalah 0. merayau blog orang sana sini jer sejak 1 jam yang lalu. sebab aku rasa keje kat sini dah takde cabaran lansung. mana taknya dah makan gaji kat sini dekat 3 tahun. semua benda lama. takde benda baru yang nak kena belajar. ooooo giler bosan.
kenapa aku rasa aku supermak ?
kerana aku seorang kuliketip di opis di siang hari manakala balik umah, jejak jer kaki aku sebagai ibu yang menguruskan 3 orang anak kecik kadang-kadang eh selalunya tanpa bantuan suami. opssss jangan pikir bukan-bukan. suami saya tidak malas tapi dia ada keje yang perlu di selesaikan.
rutin biasa balik keje ambik 3 KAA ni.. (kakak, abang, adik). Tiba pintu umah memang dah maghrib. Suh diaorang mandi dan solat. Pastu hantar pergi mengaji. Lepas mengaji beli makan malam then kena suap 3 KAA tu. Kalau makan sendiri alamat esok subuh pun lom tentu siap. Pastu aku siapkan beg beg baju untuk esok pulak.
kakak sentiasa sibuk dengan homework skolah
yang wajib ada. kadang- kadang perlu tunjuk ajar dari orang dewasa.
bila aku mula memberi perhatian kepada kakak, abang mula mula meminta
perhatian, ibu nih apa ibu tu apa... ada jer benda nak tanya. bila mana
abang meleset manja tanya itu ini kat ibunya, adik pulak tak senang
hati. datang kat abang di tolaknya ke tepi mula la sesi merebut ibu yang
seorang nih.
tv rumah aku nih biasa bernyawa hujung minggu jer. tu pun lom tentu. rugi bayar asterok. ada tak package langgan hujung minggu jer.
begitu la rutin hari-hari. hujung minggu lagi padat. aku tambah satu lagi jawatan. sebagai cleaner. kain baju, lantai nak mop, dengan bilik air nak sental. oooo mencabar okay. tunggu yang kecik tu tido baru boleh buat. aku tak mengeluh cuma nak berkongsi cerita...
kisah kakak dan penyakitnya..
kisah kakak dan sekolahnya
kisah abang dan adik yang super lawak
kisah kami cuti cuti malaysia
kisah konflik di opis dan rakan sekerja
kisah dan kisah dan kisah...
aku tau korang tak kisah pun kan... kalau aku tak cerita.
tapi aku nak gak cerita. bila ? ntah....





